Saturday, December 3, 2011

BAHAGIAKAN IBU BAPA KITA

Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Dan aku tak tidur lagi. Kebal jugak mata aku ni. Ekeke. Hakikatnya aku lapar dan baru selesai mengisi perut dengan maggi. Teruknyaa. Asik lapar je aku ni. Ish ish ish.
Esok nak pulon siapkan esaimen. Mane2 yang dah tertunggak lame tu. RM dah siap tapi kene tengok balik kot2 ade careless kat mane2. Pastu kene siapakan part aku untuk final project marketing. Lagi kene study untuk test Arab rabu nextweek. Eh banyak nye keje -.-". Padan muka aku sapa suruh tangguh2 keje.

Pagi-pagi ni aku teringat kat makabah aku. Rindu. Tu jela aku mampu cakap. Aku terfikir, camane caranya aku nak bahagiakan diorang. Aku macam takda buat pape pun selama ni untuk diorang. Hmm. Pastu tadi aku ada terbaca kat belog someone ni, cerita pasal 10 cara macamane untuk membahagiakan ibubapa. Aku rasa ini yang aku mesti buat. MESTI. InsyaAllah. Aku nak kongsi jugak dekat korang. Tpi 4 jela yang aku nak share.

1. Beri bantuan kewangan.
Biasa nya makayah yang dah meningkat usia, takde kudrat yang kuat lagi, tak boleh nak pergi bekerja. Ataupun even diorang bekerja, diorang tak mampu nak tanggung semua perbelanjaan keluarga. Yela, zaman sekarang kos hidup sangat2 lah tinggi. Tapi kalau harta tu dha 7 keturunan mkn tak habes takpela. Haha. So apelah salahnya kalau anak2 yg dah bekerja tu tolong2 la sikit. Nak dibandingkan dgn ape yg diorang dah invest utk kite dr kecik smpi besar skrang sngat2 lah tak terbilang.

2. Memberi kasih sayang.
ohh ini sangat2 lah penting. Ibubapa biasanya tak de berharap banyak2 dari anak2 diorang. Kasih sayang yg kite bagi nilah penting untuk kite balas semula kasih sayang diorang pada kita. Anak yg baik takkan lupa jasa dgn kasih sayang ibubapa mereka. Kan?

3. Menghadiahkan kejayaan.
Kalau korang berjaya dalam sesuatu perkara, contohnya dapaT deanlist ke, naik pangkat ke, menang pertandingan bercerita ke atau menang ape2 jela, jangan lupa share dgn makayah korang. Ini kerana perkara2 macam ni lah yang akan buat diorang rasa bangga dengan korang, rasa berbaloi dengan didikan dan ape saja yg diorang dah curahkan kepada anak2 diorang. Kat makayah je cite. Takyah cite ke satu kampung. Nanti jd kontroversi. Haha

4. Mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada ibu bapa.
Rasulullah ada bersabda. maksudnya :
Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).

Anak2 perlulah mendoakan ibu bapa diorang. Samada diorang still hidup lagi atau pun dah meninggal dunia. Sebenarnya, kebaikan anak2 kepada makayah adalah sangat kecil. tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan kebaikan yg makayah bagi kepada kite.Even kalau kite berbakti sepanjang hayat kite dekat parents kite pun belum tntu lg mampu balas jasa2 diorang. So, sementara ada kesempatan ni, buat la baik kepada mereka berdua. Tanpa mereka, kite tak mungkin wujud sekarang.

Ok. itu jela rasenya yang paling penting. Ada banyak lagi sebenarnya. Korang gugel jela. Komfem banyak entry yg korang boleh bace. Ini peringatan untuk diri aku jugak.
Sekian, terimakasih.

0 comments: